Monday 26 January 2015

Mati

Dah lama aku biarkan hati aku mati demi menjaga hati kau. 

Tapi sayang, kau tak pernah menyedari. 

Tuesday 19 April 2011

abcdefakiu


if you like trend it means you like to see your own clones.

Monday 18 April 2011

fixie

trend masa kini yang menjadi kebanggan diri, jiwa dan raga. fixie merupakan era yang cukup agung untuk menaikkan taraf jejaka zaman kini. ramai yang memperkata basikal keding ini sebagai style dan melabelkan pembawanya cool. bagi seorang realistik seperti saya, saya menganggap pembawa basikal ini poser. pembelian mereka adalah sekadar menunjuk-nunjuk sedangkan aksi semudah skid tidak pandai dilakukan.

trend demi trend. terdapat segelintir yang menginginkan diri mereka untuk menjadi seorang yang up to date.

saya tidak menafikan bahawa diri saya juga memiliki basikal ini. ah bodohlah jika saya tidak mengatakan diri saya poser kerana anda sendiri berkata diriku sedemikian. masalahnya bukan pada diri saya tetapi pada mereka yang masih bersekolah ataupun rempit yang cuba menceburkan diri ke kancah basikal keding ini. fakiu budak sekolah. fakiu rempit. tujuan basikal ini adalah semata-mata untuk kesihatan tubuh badan anda sendiri. tidakkah anda sedar bahawa anda memiliki basikal ini semata-mata kerana perubahan ketara dalam sistem penggayaan diri di Malaysia ini.

bilakah anda akan sedar bahawa diri anda tidak digilai manusia berlainan jantina kerana perwatakan up to date anda.

golongan ini merupakan satu golongan yang hanya pandai menghabiskan wang hanya untuk cita-cita mereka menjadi seorang yang hot dan menunjukkan diri ke kaum berlainan jantina yang mereka mempunyai wang. benda pertama yang saya mahu ingatkan anda adalah, golongan up to date ini merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia. sudahlah susah, mahu susahkan diri lagi dengan sistem penggayaan terbaru. dahulu dslr, kini fixie. fakiu. saya cabar anda berbasikal sejauh 20 km dalam satu perjalanan tanpa henti. sudah tentu anda memaki basikal anda tidak pun memaki diriku ini. apa salahku walhal anda sendiri yang perlu dipersalahkan. tidak perlulah anda memiliki fixie kerana anda tidak layak untuk memilikinya. mengidamnya merupakan satu dosa buat anda yang hanya mahukannya sebagai trend. daya untuk mendapatkannya lain, niat didalam hati lain. alahai sejuk hati ibubapa melihat anak-anak bersenam diwaktu matahari mahu merehatkan diri sedangkan mereka hanya berjalan-jalan untuk menggayakan basikal masing-masing di kedai-kedai makan berdekatan rumah. nampak juga sedikit perubahan yang boleh dilihat. dahulunya suka melepak bodoh, suka perhabiskan duit di kafe berinternet. sekarang berbasikal sejauh 230 meter. ketara kan?

muhasabah diri. cukuplah dengan jiwa mengikut trend anda. saya berani jamin basikal keding yang ramai miliki sekarang sudah berkulapuk di rumah masing-masing. mengapa mesti anda gah di hadapan orang lain tentang basikal yang anda miliki sedangkan anda hanya mampu skid di kawasan perumahan sahaja. nak, bila nak besar nak?

people sometimes ask me not to be so negative when i'm only being realistic.

Tuesday 12 April 2011

i wish marilyn monroe was a man


skema

perwatakan yang cukup baik pendiriannya. tidak pernah melakukan perkara-perkara yang buruk dipandangan mata orang atau pandangan matanya sendiri. motif kelahiran didunia adalah semata-mata untuk dirinya berjaya pada masa akan datang. sangat ketara dilihat jika insan itu bernama lelaki. perempuan bijak menutup perwatakan ini kerana pemakaiannya normal. salah satu pelajar terbaik lecturer di universiti dan sekolah kerana kecemerlangannya.

kelibat skema jelas kelihatan dengan gayanya yang tersendiri, gaya luaran dan cara pergaulannya dengan rakan sebaya.

kalau mahu diperkatakan dengan jelas, lelaki skema jelas kelihatan pemakaiannya yang bagi saya agak selekeh. namun pemakaian ini dikatakan "baik" pada diri mereka. baju berkolar menjadi pujaan hati dengan size kegemaran mesti melebihi 1 size dari badan mereka sendiri dengan harapan pakaian itu tidak akan buruk selama pemakaian 5 tahun berturut-berturut. berseluar slack jenis straight cut tetapi jenis lebar yang blh menutup tali kasut hitam yg bersinar dibawah cahaya sang suria atau pun kasut jenis sport. bagi wanita penampilannya hampir sama dengan pelajar wanita yang lain kecuali gaya pemakaian tudungnya. tidak suka yang berbelit-belit. mahukan ringkas supaya pemakaian tudung tidak menjadi punca mereka lambat hadir ke kelas.

golongan ini namun tidak pandai menyembunyi perwatakannya yang buruk. jangan disangka skema ni tiada belangnya. belangnya terselit-selit di celah muka surat buku teks tebal yang mereka bawa.

naluri mereka mengatakan aku mahu jadi seperti mereka tetapi dibataskan kerana khuatir perubahan tingkah lakunya disedari oleh ibu bapa mereka. apa yang dikhuatirkan? disamping cita-citanya untuk berjaya dalam hidup, terselit juga cita-cita untuk menjadi seorang yang pandai bergaya seperti orang lain. keinginan untuk bergaul bebas seperti rakan sekelas yang lain. perasaan cemburu didalam hati diremehkan atas dasar mahu membahagiakan ibubapa. ini bagus. mereka juga bijak berkata-kata denga rakan skema yang lain tentang keburukan orang lain sedangkan tidak sedar diri mereka mengumpat dibelakang orang. mengumpat bersertakan perasaan ingin cuba tetapi diselindungi dengan rahsia diri. mungkin bagi mereka, perkara yang diperkatakan hanya dijadikan sebagai iktibar tetapi perbualan ini nampaknya terbawa-bawa ke hidup seharian mereka yang menghindarkan diri dari orang yang bagi mereka jahat ni sambil melabelkan mereka ini jahat di kalangan rakan-rakan skema yang lain.

apa yang mereka tidak tahu adalah cara pemakaian tidak menunjukkan sifat jahat mahupun sifat baik seseorang. sifat seseorang itu lahir dari hati masing-masing.

duduk sambil rehatkan diri fikirkan antara golongan ini dengan golongan remaja biasa yang lain. pada pendapat anda, siapakah yang hatinya lebih bersih? siapakah yang baik dan siapakah yang jahat? jelasnya kita keliru kerana pada pandangan mata kita sendiri, kita merasakan diri mereka baik. bezakan kaum skema ini hanya dengan golongan biasa. saya tidak suruh anda bezakan mereka dengan cucu yang bunuh datuk kerana inginkan rm10 untuk beli kereta mainan. fakiu. saya hanya inginkan menjadi seorang yang normal tetapi kebingungan melanda jiwa kebelakangan ini memikirkan dunia. ah. pedulikan semua.

people sometimes ask me not to be so negative when i'm only being realistic.

first impression

semua manusia mengalami pergolakan ini disetiap pertemuan dengan kenalan baru. cara anda memperkenalkan diri memainkan peranan yang penting pada kali pertama mata bertemu mata dengan orang lain. tidak kira lah lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, perempuan dengan lelaki, pengkid dengan pondan dan seteru dengannya. secara umumnya first impression ini menjelaskan perwatakan anda pada pandangan kali pertama. tanggapan pertama boleh diklasifikasikan melalui gaya anda, percakapan anda, pandangan anda mahupun gambar anda sahaja.

dengan bangganya saya luahkan dari hati ini, saya tidak pandai bersosial jika berhadapan dengan individu baru. saya hanya pandai berkata-kata apabila kenalan ini tidak berada dihadapan mata. mengapakah?

berdasarkan perjalanan hidup yang saya alami. setiap individu mempunyai gaya yang tersendiri untuk menampilkan diri kepada kenalan baru. jika penampilan anda tidak cukup gah, anda mungkin akan meniru gaya orang lain yang anda kenali hanya untuk tidak kelihatan halimunan ketika lepak dengan kenalan baru lebih-lebih lagi kenalan berlainan jantina. biasalah, manusia sekarang kan menilai orang dari prospek pertama yang mereka tunjukkan. bercakap tentang kenalan berlainan jantina ni amat seronok lebih-lebih lagi apabila golongan lelaki ini single atau buat-buat single bertemu dengan perempuan yang tidak segan untuk diajak lepak bersama.

mengapa saya tekankan lelaki?

disebabkan jumlah perempuan melayu teragung di malaysia semakin pupus, kaum ini lah yang bijak mengambil peluang dengan apa yang dihidangkan di hadapan mata. secara kasarnya, yang lawa nak, yang tak lawa pun boleh la borak-borak tapi balik lepak nanti kena kutuk lah. biasalah perempuan apabila merasakan dirinya luar biasa cantik akan menggunakan taktik jual mahalnya tetapi disedarkan diri anda pernah dipakai oleh orang lain. maaf saya tidak bermaksud semua. yang luar biasa buruk pula, akan tergedik-gedik seperti biasa mengharapkan jejaka-jejaka ini tertarik dengannya. fakiu jika anda rasa perenggan ini dongeng semata-mata.

aduhai perempuan. saya memahami anda lebih dari saya mengenali diri saya sendiri.

saya tidak pandai untuk menyusun-nyusun ayat ni. ah! tajuk ini ditujukan kepada kaum perempuan sebenarnya kerana 100% perempuan akan membuat pandangan pertama terhadap semua manusia yang bertemu dengannya. semua akan dinilai oleh individu yang bernama perempuan ini dari rambut ke hujung kaki mahupun zahir dan batinnya. memilih tak sudah-sudah untuk menjadikan diri glamor antara kawan-kawan perempuan yang lain. siapa yang zahirnya buruk; lelaki muka pecah la senang cerita; anda tidak tercalon pun untuk dikategorikan sebagai kawan, lagikan bf, muntah darah lah perempuan yang perasan hot ini melainkan anda mempunyai kelebihan yang tersendiri. kalau lelaki yang panas sudah cukup membuatkan perempuan ini merayu meminta no telefon anda. tau-tau saja anda menerima pesanan ringkas menyatakan hye. tidak pun kiriman salam akan kedengaran melalui mulut kawan anda. lagi tidak pun, anda akan diperhatikan ketika lepak bersama. ini dikecualikan untuk perempuan yang mempunyai sifat egois yang mendalam. ego-ego ini akan terlurai juga satu masa kemudian kerana merasakan diri mereka sunyi tidak berteman dan kembalilah mereka menjadi perempuan normal.

dunia tetap berputar dari hari ke hari. namun perempuan masih mengutamakan first impression ini. sekarang terpulang kepada lelaki untuk mempergayakan diri anda. perempuan atau pun minimalis perempuan. negative feedback is better than none. i would rather have a man hate me than overlook me. as long as he hates me, i make a difference.

people sometimes ask me not to be so negative when i'm only being realistic.

i am selfish

maaf atas sifat keperibadian diriku ini. jelas sekali watak ini sungguh pessimistic pada pandangan anda, namun ini yang menyebabkan diriku untuk tampil menerjahkan diri membangkang persepsi anda. pada pandangan anda, mungking sifat ini kelihatan kasar, makan kawan, makan diri, makan keluarga, makan teman hidup tapi apakan daya kerana sifat ini ada kebaikan disebaliknya. bebel dan terus membebel. isi tidak dikeluarkan lagi.

salahkah untuk memiliki keperibadian seperti ini?

fakiu jika anda tidak pernah menjaja ikan sebanyak 100 kali dalam hidup anda. sudah lah minta duit belanja dari ibu bapa tercinta, minta handphone pula tu, laptop, baju, seluar, bag, kasut, spender. segelintir sahaja yang berterima kasih kepada mereka. masalahnya sekarang bukan sebab tidak berterima kasih. masalahnya skang minta berlebih-lebih. duit belanja + handphone + laptop + baju + seluar + spender + bag + kasut yang paling cikai pun dah exceed rm100. belum nak disebut jenama pilihan masing-masing pula. semakin kaya semakin selfish. al-maklumlah duit melebih-lebih kan. lagi banyak yang diidamkan.

saya masih ditanggung 100% oleh ibu bapa saya. tidakkah saya seorang yang mementingkan diri? bagaimana pula dengan anda?

sebilangan orang muda sekarang sudah pandai membantah pandangan ini kerana mereka memperkata diri mereka sudah pandai berdikari. berdikari bermaksud berdiri dengan sendirinya. bukan niatku untuk berkata orang patah kaki bermain bola menggunakan tongkat tidak berdikari. kau pun guna tongkat! haha. secara realistiknya berdikari bermaksud anda boleh hidup tanpa kawan-kawan disisi. tengok wayang pun berteman. main game pun berteman. threesome pun berteman. bershopping pun berteman. betulkan apa yang aku perkatakan ni?

haih. ekspresi diri ni kalau nak dipanjang lebarkan sampai esok pun tak habis. mengapa tajuk ini dijadikan tajuk pertama adalah kerana diriku tidak berpihak kepada sesiapa. ini adalah kerana diriku amat berharga. i am selfish and i dont give a damn. terimakasih. kau kisah pulak pasal aku kan? tidakkah perasaan anda diwaktu ini sangat mementingkan diri. :D

people sometimes ask me not to be so negative when i'm only being realistic.