perwatakan yang cukup baik pendiriannya. tidak pernah melakukan perkara-perkara yang buruk dipandangan mata orang atau pandangan matanya sendiri. motif kelahiran didunia adalah semata-mata untuk dirinya berjaya pada masa akan datang. sangat ketara dilihat jika insan itu bernama lelaki. perempuan bijak menutup perwatakan ini kerana pemakaiannya normal. salah satu pelajar terbaik lecturer di universiti dan sekolah kerana kecemerlangannya.
kelibat skema jelas kelihatan dengan gayanya yang tersendiri, gaya luaran dan cara pergaulannya dengan rakan sebaya.
kalau mahu diperkatakan dengan jelas, lelaki skema jelas kelihatan pemakaiannya yang bagi saya agak selekeh. namun pemakaian ini dikatakan "baik" pada diri mereka. baju berkolar menjadi pujaan hati dengan size kegemaran mesti melebihi 1 size dari badan mereka sendiri dengan harapan pakaian itu tidak akan buruk selama pemakaian 5 tahun berturut-berturut. berseluar slack jenis straight cut tetapi jenis lebar yang blh menutup tali kasut hitam yg bersinar dibawah cahaya sang suria atau pun kasut jenis sport. bagi wanita penampilannya hampir sama dengan pelajar wanita yang lain kecuali gaya pemakaian tudungnya. tidak suka yang berbelit-belit. mahukan ringkas supaya pemakaian tudung tidak menjadi punca mereka lambat hadir ke kelas.
golongan ini namun tidak pandai menyembunyi perwatakannya yang buruk. jangan disangka skema ni tiada belangnya. belangnya terselit-selit di celah muka surat buku teks tebal yang mereka bawa.
naluri mereka mengatakan aku mahu jadi seperti mereka tetapi dibataskan kerana khuatir perubahan tingkah lakunya disedari oleh ibu bapa mereka. apa yang dikhuatirkan? disamping cita-citanya untuk berjaya dalam hidup, terselit juga cita-cita untuk menjadi seorang yang pandai bergaya seperti orang lain. keinginan untuk bergaul bebas seperti rakan sekelas yang lain. perasaan cemburu didalam hati diremehkan atas dasar mahu membahagiakan ibubapa. ini bagus. mereka juga bijak berkata-kata denga rakan skema yang lain tentang keburukan orang lain sedangkan tidak sedar diri mereka mengumpat dibelakang orang. mengumpat bersertakan perasaan ingin cuba tetapi diselindungi dengan rahsia diri. mungkin bagi mereka, perkara yang diperkatakan hanya dijadikan sebagai iktibar tetapi perbualan ini nampaknya terbawa-bawa ke hidup seharian mereka yang menghindarkan diri dari orang yang bagi mereka jahat ni sambil melabelkan mereka ini jahat di kalangan rakan-rakan skema yang lain.
apa yang mereka tidak tahu adalah cara pemakaian tidak menunjukkan sifat jahat mahupun sifat baik seseorang. sifat seseorang itu lahir dari hati masing-masing.
duduk sambil rehatkan diri fikirkan antara golongan ini dengan golongan remaja biasa yang lain. pada pendapat anda, siapakah yang hatinya lebih bersih? siapakah yang baik dan siapakah yang jahat? jelasnya kita keliru kerana pada pandangan mata kita sendiri, kita merasakan diri mereka baik. bezakan kaum skema ini hanya dengan golongan biasa. saya tidak suruh anda bezakan mereka dengan cucu yang bunuh datuk kerana inginkan rm10 untuk beli kereta mainan. fakiu. saya hanya inginkan menjadi seorang yang normal tetapi kebingungan melanda jiwa kebelakangan ini memikirkan dunia. ah. pedulikan semua.
people sometimes ask me not to be so negative when i'm only being realistic.
No comments:
Post a Comment