trend masa kini yang menjadi kebanggan diri, jiwa dan raga. fixie merupakan era yang cukup agung untuk menaikkan taraf jejaka zaman kini. ramai yang memperkata basikal keding ini sebagai style dan melabelkan pembawanya cool. bagi seorang realistik seperti saya, saya menganggap pembawa basikal ini poser. pembelian mereka adalah sekadar menunjuk-nunjuk sedangkan aksi semudah skid tidak pandai dilakukan.
trend demi trend. terdapat segelintir yang menginginkan diri mereka untuk menjadi seorang yang up to date.
saya tidak menafikan bahawa diri saya juga memiliki basikal ini. ah bodohlah jika saya tidak mengatakan diri saya poser kerana anda sendiri berkata diriku sedemikian. masalahnya bukan pada diri saya tetapi pada mereka yang masih bersekolah ataupun rempit yang cuba menceburkan diri ke kancah basikal keding ini. fakiu budak sekolah. fakiu rempit. tujuan basikal ini adalah semata-mata untuk kesihatan tubuh badan anda sendiri. tidakkah anda sedar bahawa anda memiliki basikal ini semata-mata kerana perubahan ketara dalam sistem penggayaan diri di Malaysia ini.
bilakah anda akan sedar bahawa diri anda tidak digilai manusia berlainan jantina kerana perwatakan up to date anda.
golongan ini merupakan satu golongan yang hanya pandai menghabiskan wang hanya untuk cita-cita mereka menjadi seorang yang hot dan menunjukkan diri ke kaum berlainan jantina yang mereka mempunyai wang. benda pertama yang saya mahu ingatkan anda adalah, golongan up to date ini merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia. sudahlah susah, mahu susahkan diri lagi dengan sistem penggayaan terbaru. dahulu dslr, kini fixie. fakiu. saya cabar anda berbasikal sejauh 20 km dalam satu perjalanan tanpa henti. sudah tentu anda memaki basikal anda tidak pun memaki diriku ini. apa salahku walhal anda sendiri yang perlu dipersalahkan. tidak perlulah anda memiliki fixie kerana anda tidak layak untuk memilikinya. mengidamnya merupakan satu dosa buat anda yang hanya mahukannya sebagai trend. daya untuk mendapatkannya lain, niat didalam hati lain. alahai sejuk hati ibubapa melihat anak-anak bersenam diwaktu matahari mahu merehatkan diri sedangkan mereka hanya berjalan-jalan untuk menggayakan basikal masing-masing di kedai-kedai makan berdekatan rumah. nampak juga sedikit perubahan yang boleh dilihat. dahulunya suka melepak bodoh, suka perhabiskan duit di kafe berinternet. sekarang berbasikal sejauh 230 meter. ketara kan?
muhasabah diri. cukuplah dengan jiwa mengikut trend anda. saya berani jamin basikal keding yang ramai miliki sekarang sudah berkulapuk di rumah masing-masing. mengapa mesti anda gah di hadapan orang lain tentang basikal yang anda miliki sedangkan anda hanya mampu skid di kawasan perumahan sahaja. nak, bila nak besar nak?
people sometimes ask me not to be so negative when i'm only being realistic.
fixie merupakan ERA yang cukup agung untuk menaikkan taraf jejaka zaman kini. auww <3
ReplyDelete